Hati-hati beli ikan sesi 'live', scammer tunggu masa tipu pembeli... Ramai dah terkena!
RUTIN membeli barang secara dalam talian bertukar pengalaman mencemaskan buat seorang wanita selepas mendakwa hampir menjadi sasaran scammer di live TikTok.
Wanita yang dikenali sebagai Afayumi itu berkongsi detik cemasnya di Threads apabila hampir menjadi mangsa penipuan ketika cuba membeli ikan segar.
Mengimbas kejadian tersebut, wanita itu memberitahu dia sudah beberapa kali membuat pembelian dengan kedai berkenaan tetapi kali ini dikejutkan dengan mesej peribadi (DM) daripada satu akaun yang mencurigakan.
"Aku ni dah berapa kali repeat beli ikan TikTok live ni. Tiba-tiba tadi lepas lock (pembelian), ada akaun TikTok ikan ni follow dan DM suruh isi detail dan bagi QR suruh buat payment.
"Aku pun layanlah tanpa syak wasangka. Tiba-tiba nak bayar, tengok akaun bank QR tu tak sama nama dengan nama kedai ikan (yang dibeli), nama personal," katanya.

Dalam hati berasa ada sesuatu yang tak kena, dia pantas bertanya secara terus di ruang komen ketika penstriman langsung jualan masih berlangsung.
Tindakannya itu tepat apabila penjual mengesahkan perkara sebenar.
"Terus komen dekat live tanya betul ke tak boleh payment kat nama kedai ikan? Sebab ada orang DM bagi QR.
"Lepas tu live host pun cakap 'Tak ada QR. Transfer bank account sahaja yang kita WhatsApp.
MENARIK DIBACA: Baru tahu bunga kenanga boleh dijadikan minuman - "Minum sebab nak bagi badan wangi"
MENARIK DIBACA: Ramai keliru pilih madu tulen, cuma perlu periksa logo khas sebelum beli
"Rasa macam nasib baik Allah datangkan ilham untuk aku tanya je kat live tu, jangan malu-malu kucing. Lepas live host tu jawab kat live, akaun yang DM kita tu terus 'account not found'. Pening kepala!" tambahnya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai netizen yang turut meluahkan rasa bimbang, malah ada yang mendedahkan pernah menjadi mangsa modus operandi serupa.
"Sis saya pernah kena scam macam ni. Husband beli durian... Ada orang PM dia suruh bayar. Dia bayar sis dah la beratus, Allahu.

"Banyak TikTok live host memang remind customer untuk contact mereka direct. Mereka tak DM customer. Hati-hati jangan sebarang bayar.
"Saya pun selalu beli kedai ni, lepas lock mesti ada akaun scam yang suruh buat pembayaran. Mula-mula macam eh betul ke ni kemudian ambil sendiri dekat kedai bos dia cakap kita tak ada DM dekat TikTok. WhatsApp saja. Kesian diaorang sebab ramai yang kena scam kemudian salahkan mereka. Padahal jelas diaorang dah pesan banyak kali WhatsApp terus dan bagi nama TikTok," antara komen netizen.
Sementara itu, seorang bekas hos penstriman live turut tampil membongkar helah sebenar golongan tidak bertanggungjawab ini yang didakwa menyasarkan akaun jualan ikan segar.
"Hati-hati sebab scammer akan masuk live tengok orang lock (beli). Once dah lock dia akan terus DM. Dia akan pakai gambar profil syarikat dengan letak nama admin syarikat tu.
"Saya dulu host live tempat jual ikan juga. Memang ramai klien kena. Senang cerita dalam 10 orang tu mesti satu dua akan kena scam. Kasihan dekat penjual sebab ramai kena scam lepas tu salahkan diaorang (syarikat)," jelas beberapa warganet.